Wednesday 19 October 2011

Serbuan ke atas K3!!!!~~~

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan....heheh..rasanye belum lagi terlambat yang kiterorg nak berkongsi dengan viewers tentang aktiviti2 yang kami lakukan sepanjang di K3 di Bukit Ekspo, UPM sempena Konvokesyen ke-35 UPM baru-baru ni.....Sepanjang minggu konvokesyen ni memang excited tengok ex2-students UPM yg telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing...lepas tu konvo masing-masing bergaya dengan jubah,rakam kenangan....wah memang best la....rase teruja pulak nak konvo same-same ngan mereka semua ni...hahaha. Tapi dekat sini kiterorg nak cerita tentang aktiviti yang kiterorg telah berjaya buat, pendek kate 'mission accomplished'.....hahahah....So K3 iaitu Kelab Kepimpinan dan Kejurulatihan Rekreasi Luar under Upm telah buat beberapa aktiviti yg memang student-student BSTR wajib ikot bermula 16-19 Oktober yang lalu.....memang wajib buat sebab kalau tak buat rugi jer korang dok kat UPM 4 tahun ni tapi aktiviti yg memang wakkkluuu extreme giler tak pernah nak test skil...heheh...kalu dah tua,tulang dah nak repot baru nak test wat(yang ni aaku  tak leh kate ape la)hahahah.....so time mude-mude ni kene rase wat bende-bende camni....BARU SYOK,ADE FIGHT(haha ayat macam KL gangster pulak)....so kat sini kiterorg nak tunjuk antara aktiviti kt K3 yang memang mencabar(ikut tahap kecabaran korang la) otak,fizikal yang memang senggama...heheh...so papehal u guys boleh tengok dekat bawah ni bende-bende or aktiviti yang memang 'die hard' punyer yg 1st time kiterorg(orang lain tak tahu dah berapa kali buat) baru buat....;))check it out...........Tapi yg paling utama sekali aku nak tunjuk kiterorg punye 'MOTHERS'...mksudnyer logo2 rasmi kelab rekreasi.... 
Kelab K3 adalah satu pertubuhan di bawah Fakulti Perhutanan yang berpusat di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Logo diatas adalah merupakan logo rasmi K3. Memang cantik dan 'smart'. Jadi, kalau tak silap, kalau nak join atau untuk dapatkan kemahiran untuk apa-apa sekalipun, kena ada kursus untuk dapatkan lesen yang melayakkan kita untuk melakukan aktiviti untuk public sertai. Hanya kepada mereka yang telah mengambil kursus Kemahiran Rekreasi Luar (FHR3616) sahaja yang layak menyertai kelab ini. Kelab ini menjalankan perkhidmatan aktiviti-aktiviti berbentuk rekreasi. Antaranya ialah Flying Fox, Kayak, Paintball, kem motivasi atau kem kepimpinan dan banyak lagi. Jadi, bukan calang-calang orang boleh buat dan masuk. Hati nak kuat. Betul tak? Jadi terima kasih pada K3 sebab merancang aktiviti bukan untuk pelajar-pelajar BSTR je yang bleh join tapi orang ramai pon boleh sertai untuk nak rasa macam mana nak cuba high rope&low rope, buat flying fox serta tyrolean traverse dan sebagainya.
Tabik pada insan yang mencipta logo dekat bawah ni...."Smart as a boy"
Yang logo ni, aku nampak dekat baju kaler hitam yang senior-senior K3 pakai waktu ade aktiviti (ade yang pakai dan ade yang tak pakai). Ni memang trademark mereka. Aku agak jela...nak tau lebih lanjut kena tanyer Presiden BSTR-Sazzy..Tapi design baju memang smart. Simple. Dekat nama pun dah tau rekreasi kan sebab it's a outdoor recreation skill and expected that our seniors had going through lot of skills and technique to get the license for sure to guide us about the activities...So, bagi yang tak ada pengalaman dalam rekreasi tu, kena belajar dari orang yang dah ade pengalaman la. Jangan cuba-cuba di halaman rumah anda...BAHAYA!!!!
Jadi ini adalah K3 punya hebahan dalam aktiviti yang dilakukan. Dekat situ boleh tengok dan baca waktu dan tarikh(ok yang time ni aku post memang dah tarikh luput), tempat dan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan sepnjang karnival rekreasi di Bukit Ekspo berlangsung. Bab bayaran paling best sebab tak mahal. Kalau tak silap yang mana ahli dpt diskaun dan yang bukan ahli kena bayar lebih sikit. Tapi aku rase bayaran tak jadi masalah bagi yang betul-betul berminat. Tak payah berkira sangatlah kalau hati dah berkenan nak mencuba aktiviti tersebut. So aktiviti nampak mencabar fizikal dan minda. Kalau nak tambah pengalaman,apa salahnya buat kan???
Ok, sepanjang aktiviti berlangsung, sbb kiterorg punyer time nk dtg ikot sesuke hati atau pon bile ade waktu free sbb msg2 ade yg ade kelas dn sebagainyer....tp alhamdulillah,sumer geng2 BSTR semua menunjukkan komitmen yg bersepadu lagi bersatu dan bersame-same dalam menjayakn aktiviti ini.........Memang best sangat2...org yg x der experience mmg die akan igt sampai bile2 yg ni lah da best moment 1st time wat aktiviti camni....kalu dkat tmpt kt luar ade ker kiter nk rase pengalamn camni....mgkn x berkesempatan atau x leh langsung...tp bersyukur sangat yang Senior2 K3 kami tanpa rase penat dan mengalah telah berjaya m'organized aktiviti....tengoklah platform yang mereka buat untuk aktiviti ini...Dierorg mmg kreatif dan memang pro dan master,buat tali tergantung kat pokok2 tu, lepas tu arrange tok aktiviti kayak + keselamatan memang d'utamakan....memang best...so kiterorg lepas ni memang kene kutip pengalaman dan tunjuk ajar dari Senior2 kami sebab tak lame lagi "Yg patah tumbuh,hilang berganti"....so kiterorg semua harus dan memang wajib ambil peluang camni belajar dari Senior2 kami sebab mereka dah ader pengalaman kan...Ok lah taip2 panjang2 pon tak gune sebab kiterorg nk tunjkkan aktiviti2 yg kiterorg dah wat...cayakklahh......Jom Zasszssssss!!!!!!!!!

First sekali di sini nak cerita pasal aktiviti berkayak atau kayaking. Jadi tentu korang pernah merasa pengalaman berkayak kan??? For those yang tak pernah tu anggaplah ini adalah pengalaman pertama korang mencuba aktiviti kayak ini. Jadi kayak ni, aku nak ceritakan sikit pada mana yang tak tahu tu...KAYAK ialah bot yang didayung oleh manusia. Ia dicipta oleh penduduk asal kawasan Artik di Amerika Utara dan Greenland biasanya dikenali sebagai Inuit atau Eskimo. ...
Kayak biasanya dikemudikan dengan menggunakan pendayung dua belah. Pengguna kayak atau pendayung duduk dalam kayak dengak kaki mereka kehadapan. Bahagian atas kayak ditutup dengan geladak. Pengayuh duduk dalam lubang di kokpit yang boleh ditutup dengan skirt limpahan (atau spraydeck). Ini menjadikan bahawa, sekiranya kayak terbalik, kayak tidak akan dipenuhi air, dan pendayung boleh menegakkan kayak kembali tanpa dipenuhi air.  Pada zaman moden, kayak telah dimajukan lebih lanjut menjadi beberapa jenis termasuk : berkayak di air putih whitewater kayaking, bot bermain playboats, surfing, kayak laut, perlumbaan air tenang, berkanu slalom, polo kanu dan riadah. Jenis-jenis ini boleh dipecahkan lagi. Kayak moden diperbuat daripada plastik, fiberglass, kevlar, serat karbon, kanvas atau kayu. Terdapat model untuk seorang atau dua orang dan ada yang untuk 3 tempat sekali. Kini terdapat bot duduk di atas yang dimajukan, juga dipanggil kayak dan dikendalikan dengan pendayung dua belah. Macam gambar dekat bawah ni, ni untuk seorang saje tempat...
Yang dekat atas ni, gambar sorang pelajar Cina berkayak seorang diri, nk cube pengalaman...tapi tak tau la kalau die memang dah ade pengalam kayak ni....so sweet;-)...tak de la bagi ak orang yang suka cuba pengalaman baru dalam hidup ni ialah orang yang betol2 menghargai kehidupan...betul tak? Ask Yourself...
Pelajar asing yang bertandang ke Bukit Ekspo...Kat sini ak nak taip yang aktiviti rekreasi ni bukan saje untuk satu kelompok manusia jer boleh sertai...ia boleh mengeratkan perhubungan,tambah kawan pupuk minat pada rekreasi ni....(macam Hubungan Etnik plak dah..hehe)..At least yang empunyer diri sendiri ade semangat nak rasa pengalaman macam mana buat aktiviti rekreasi yang mencabar akal kewarasan kita(sebenarnyer waras lagi, cume diri sendiri tak nak terima kenyataan...hehe). Dekat sini ada lagi gambar boleh tengok:...

Ape-ape hal kena dengar nasihat daripada orang yang berpengalaman dulu sebelum nak mula berkayak. Yang paling penting jaket keselamatan kena pakai walaupun anda mempunyai pengalaman berenang merentasi Selat Inggeris. Ini memang wajib dalam mana-mana sukan yang melibatkan air. Yang profesional pun pakai jaket apetah lagi macam kita yang tak ada pengalaman lagi.
Seronok-seronok berkayak ingatlah keselamatan diri masing-masing.

Second Part: Untuk aktiviti Flying fox+High rope& Low rope + Tyrolean traverse 
Yang ni adalah masa nak tunjuk berani ke tak berani ke, nak tau gayat atau nak berdepan dengan gayat malah sape-sape suka beterbangan di udara atau bergayut dan lepak-lepak di awangan, aktiviti ini memang sesuai sangat dinikmati oleh manusia-manusia yang 'Die Hard' punya...Kat sini akan terkantoila sape yang 'failed', berjaya, berlagak,takot, buat-buat berani dan sebagainya...ha yang itu kena lah tengok adegan-adegan yang hanya 19+++ je blh tengok...hahah...Jom saksikan!!!
Tapi sebelum anda semua tengk gambar-gambar di bawah ini, saya nak bagitau la sikit maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut. Mesti ada sesetengah anda yang tak tahu pasal aktiviti-aktiviti ini. 
Ok, aktiviti yang pertama:
1) High rope & Low rope
Aktiviti ni memerlukan kekuatan tangan terutama lengan sebab korang akan panjat tangga tu, tangga bukan statik sebab ni tangga berayun-ayun(aku pun mengalaminya jugak)..so agak susah nak mengimbangkan badan bagi yang berat, tp tak ada masalah bagi yang ringan dan kecik....tapi depends la korang punyer keseimbangan badan mase nak panjat tangga tali tu...jadi high rope & low rope ni perlukan korang punya keseimbangan badan masa berjalan dekat atas tali yang dipasang antara pokok ke pokok. Tali tu single bukan double tau...aku tengok ramai yang tak boleh seimbangkan badan..ada yang terjatuh...ok dari nasihat yang diberikan oleh akak K3, kita sepatutnya perlu pegang tali hitam...Maksudnya sebelah kiri pegang tali oren, sebelah lagi pegang tali hitam kalau tak pro lagi....tapi ade jugak yang tak payah buat macam tu...memang steady berjalan atas tu....Dekat sini kalau gayat jangan panjang ke bawah....
Yang paling penting:
a.)helmet kena pakai (wajib) dan 
b)sepatutnya ada glove(sarung tangan) untuk pakai sebab bila bergayut tangan tak sakit
c)kasut nak pakai ke tak ikut suka hati dan safety line pastikan ketat dan beringat-ingat semasa berjalan kat atas tali.
d)carabiners atau snap link(yang ini aku tak perasaan la..tapi sepatutnya ada)
e)figure 8 desender(digunakan untuk ikat anda ke tali-tali)
Jom tengok gambar kat bawah ni........
Tapi sebelum nak panjat tangga tu, half harness perlu dipakai pada badan sebab bila sampai kat platform safety line akan dipasang untuk aktiviti seterusnya...(Ade org ckp G-String...hahah....wakkluu)
Ok...pertama sekali pasang half harness pada badan....ni penting ea.pastikan juga yang harness yang dipasang berada dalam keadaan baik,tali tak ade yang tertanggal...helmet wajib ada..jatuh kalau takde safety memang tak boleh buat apelah...sekurang-kurangnya, pakai alatan keselamatan dapat mengurangkan risiko kecedaran kalau terjatuh ke apa...
Beratur menunggu giliran....semua tak sabar nak buat aktiviti ni....yang ni kira first point untuk aktiviti ini.
Kena memanjat tangga ni...memang agak sukar(bagi aku la sebab badan besar kan..hehe) kalau statik memang semua boleh naik...masa ni angin dah bertiup agak kencang sebab dah nak hujan...memang tangga tu berayun-ayun la...bagi yang bertubuh kecil rasanya tak ada masalah nak panjat. Dekat bawah ada orang yang pegang lagi satu tali. Jadi kalau agak-agak terlepas ke tergelincir dari tangga tu, jangan risau orang yang pegang tali tu boleh hold kita dari terjatuh.
Dah habis panjat tangga, kena naik dekat atas platforrm tersebut untuk aktiviti seterusnya. Dah naik dekat atas tu memang boleh nampak seluruh kawasan. Macam lepak kat atas menara peninjau...memang best. Sementara nak tunggu aktiviti berikutnya, boleh rehat dulu dekat atas tu, hilangkan penat dan kegigilan badan..
Ok, gambar dekat atas ni, ada safety line dipasang pada sambungan anchor pada badan. Senang cerita ada cangkuk/anchor yang dipasang pada cangkuk tali pada badan kita...ni untuk aktiviti berjalan atas tali....
Kalau you guys boleh nampak kat kedua-dua gambar ni, perasan tak yang boy kat atas pegang kedua belah tali oren dan dia tak pegang tali hitam yang sepatutnya kena pegang....boleh berjalan macam ni (kalau ikut teori sains aku la) tapi yang ini kena badan betul-betul seimbang, kalau tak boleh jatuh tersangkut...yang ini insan-insan yang pro boleh buat...yang tak berani jangan buat, lagi-lagi yang gayat bagai nak rak...hu~~~`.............................Bagi gambar yang dekat bawah ni you guys boleh nampak yang this boy pegang sebelah tangan pada tali oren sementara yang tangan satu lagi pegang tali hitam....ha yang ini...wat yang slow-slow(aku pun buat macam ni sebab aku pun rasa gayat gak) lagi satu untuk keseimbangan la kan.....boleh kawal pergerakan...kat sini kalau dah pro tak payah pegang pun tak aper...berlari terus kat atas tali tu....(hahah)

Sempat lagi ko berposing ea Sharil.......
2) Untuk aktiviti seterusnya adalah 'Tyrolean traverse'
Ok, kalau korang nak tau ape itu tyrolean traverse itu ialah kaedah menyeberang melalui ruang bebas diantara dua titik pada tali yang paling tinggi tanpa tergantung. Aktiviti ini digunakan dalam pelbagai aktiviti mendaki gunung, memanjat, meneroka gua dan aktiviti melintasi diantara dua pokok. Ianya membolehkan pendaki pergi ke barat-timur dan patah balik semula ke barat. Dalam erti kata yang mudah para pendaki menggunakan gear pendaki dan mempunyai asas2 gear. Jadi, saya adelah mendapat feedback daripada beberapa orang kawan-kawan, yang mana mereka beritau yang aktiviti ini memang mencabar minda dan fizikal sebab kat sini kekuatan tangan dan lengan perlu digunapakai dengan semaksima mungkin untuk gerakkan gear tersebut, seterusnya membolehkan korang bergerak menuju ke platform yang seterusnya. Kat sini kalau korang beratkan badan dan otak asyik cakap penat jer memang ko akan terapung-apung kat situlah, sebab ini semua melibatkan pergerakan motor otot...so kalu korang dah send e-mail kat otak, otak korang fikir penat dan tak larat, memang akan tak laratlah nak gerak. So, aku sendiri dah cuba...haha..memang sakit dan penat sampai abang2 K3 yang baik hati datang men'rescue' aku...sebab aku memang dah tak larat...hahaha....malu pun malu...tapi tak pe kan....nama pun 1st time dan cuba pengalaman baru....Jadi ka bawah ni korang semua boleh lihat sendiri kejadian-kejadian yang berlaku pada hari tersebut dengan adegan-adegan yang telah ditapis oleh Lembaga Penapisan Gambar&Video BSTR...(hehehe..yang ni aku reka-reka jer).....
Ok.....antara kedua-dua gambar ni (di atas dan di bawah) memang lebih kurang sama je...Kat sini nak bagitau yang untuk melakukan aktiviti menyeberang, tak kisahlah posisi mane yang korang nak buat, terlentang, mengiring, macam kelawar ker, tak kisah janji selesa dengan diri sendiri. Dan yang penting selamat sampai kat platform. Jadi semasa melakukan aktiviti ini, aspek keselamatan perlu dititkberatkan sebab kat permukaan bawah takder backup tilam ke ape kalu jatuh.....yang ade abang dan kakak K3 yang sentiasa alert ngan kita. Jadi kita sendiri juga perlu menjaga keselamatan diri masing-masing. OK?
Ni macam Shahril jer.......YEAH!!!GO GO GO !!!!
Come on Irwin!!Yeah!!(dia adalah sekretariat sukan untuk BSTR dengan Topek). Posisi macam ni pun bleh buat. Macam aku cakaplah tadi kan...mana-mana posisi tak jadi masalah..at least korang selesa nak buat. Tapi arahan keselamatan perlu dipatuhi daripada abang-abang dan kakak-kakak K3. Mereka lebih berpengalaman daripada kita. Tapi yang gear pada tali untuk tyrolean traverse ni boleh gerak ke hadapan jer...Maksudnya kalau nak patah balik memang dah tak boleh...Tu memang kena pandai-pandai adjust la kat atas tu...heheh...pada mana-mana mereka yang belum pernah merasa aktiviti baik cuba buat...rugi kalau tak cuba....
3)Yang last tak berapa nak last (aktiviti flying fox yang DABOOOMMM!!!!!)
Budak pun berani buat "Flying fox"...kalau kita yang dah besar macam ni penakut..tak tau la apa cerita....
Aktiviti 'Flying Fox ini mempunyai kaitan dengan 'Abseiling'. Kalau 'Abseiling' tu adalah aktiviti turun dari atas ke bawah, 'Flying Fox' pula ialah aktiviti berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Kalau untuk tujuan keselamatan, selalunya aktiviti ini dilakukan semasa menyelamat dari kapal ke kapal atau menyelamat di kawasan seperti cerun bukit.
Aktiviti ini merbahaya tapi menyeronokkan dan gila. Untuk mengikuti aktiviti ini seseorang itu harus mempunyai keberanian, ketelitian, tahu segalanya tentang teknik yang betul dan paling penting, mahir tentang ikatan. Walaupun bahaya, ianya menyeronokkan dan memberikan kepuasan serta dapat menaikkan semangat berani seseorang....(yang ini memang diakui)...taip panjang-panjang tak guna, tunjuk gambar pun tak berapa nak real sangat..so aku nak tunjukkan video kat korang semua.
Amaran!!! Pastikan anda sihat dan tidak ada penyakit berbahaya sebelum anda setuju untuk terjun.


Ha, yang satu lagi ni, member kelas kiterorang...Chong namanyer...tengok die wat 'flying fox'
Sorry Chong, I post u punyer video..heheh
Masa aktiviti di K3, cuma senior-senior yang berpengalaman(maksud aku yang memang dah ade kemahiran) sahaja dibenarkan untuk menjalankan aktiviti ini. Hanya mereka yang boleh mengikat, memasang anchor dan melepaskan peserta. Pembantu cuma menolong peserta memakai 'harness' dan menjadi 'breaker' sahaja..(betul kan???...So yang penting sekali.. half harness tu wajib pakai sebab ade safety line..even kalau jatuh pun tergantung lagi, helmet pun lagi wajib pakai, tak pakai sendiri mau ingatlah. Tapi masa kat K3 yang person in charge kat bahagian bawah tu kiterorg tak tau panggil ape? tapi biasenya braker la kan..
Braker tu adalah pembantu aktiviti yang tugasnya 'menarik tali' untuk 'membrake' anda. Jangan takut, mereka tahu bila masa yang mereka perlu tarik tali tersebut. Sebab dieorang dah memang mahir kan.. Kalau terlambat pun ada 'safety brake' di hujung line. Tapi cam brake emergencylah...jangan risau sebab student-student BSTR yang buat aktiviti ini semuanya selamat balik, anggota badan lengkap dan tak ade ambulans datang...Alhamdulillah...Okay, kalau anda sudah bersedia, anda boleh terjun. Tiada pilihan. Samada anda terjun dengan rela hati, terpaksa atau anda akan ditolak ke bawah dengan sokongan padu oleh ramai orang yang letih tengok anda tak terjun-terjun sejak semalam lagi. Sama saja. Dua-dua sampai bawah. The choice is yours :-) Tambah pengalaman hidup kan...makin berisi makin tunduk....
Hafiz@Kedu...Ada bagus??? Mahu cuba lagi? 

Geng-geng BSTR mengucapkan berbanyak terima kasih kepada senior-senior K3 sebab mereka banyak memberi pendedahan dan sokongan kepada kami tentang aktiviti rekreasi ini. Mungkin ade sesetengah geng BSTR dah familiar dengan aktiviti ini tapi mungkin ini adalah pengalaman paling bestr sebab kita ramai-ramai menyertai aktiviti rekreasi ini bersama. Tabik hormat(springg) pada senior-senior K3 dan orang yang terlibat secara langsung dan tak langsung yang bertungkus-lumus menyiapkan platform dan tempat kami+keselamatan bukan kepada kami saja malah pelajar-pelajar lain dan orang ramai yang join same aktiviti ini. Mereka memang kreatif, pantas dan best(heheh). Semua aktiviti yang dilakukan memang best dan menarik. K3 organized and planning dengan simple tapi santai. So, kami memang kena kutip pengalaman daripada senior-senior K3 yang memang dah profesional, master dan berkemahiran. Bukan calang orang boleh buat semua ni. Jadikan semua ni sebagai satu rencah tambahan dalam hidup....dan bukan semua orang boleh dapat pengalaman ni...betul tak?
Jadi, ada berani? Try, test, buat....So, renung-renungkan dan selamat mencuba....Bye-bye















POST BY:SOMEONE@BSTR