Saturday 8 October 2011

Pengenalan Kepada BACELOR SAINS TAMAN & REKREASI

Objektif program ini ialah bertujuan untuk menghasilkan tenaga terlatih dalam bidang pengurusan taman dan rekreasi dan eko pelancongan bagi menampung keperluan negara. Pelajar BSTR akan didedahkan kepada konsep, teori dan kaedah berdasarkan maklumat, bahan, dan teknologi terkini. program ini bukan sahaja akan melahirkan graduan yang menepati keperluan masa kini dan masa hadapan. Sejajar dengan trend global, iaitu ''Green Tourism'' yang memberi fokus kepada rekreasi dan pelancongan berimpak rendah dan mampan. Graduan dibekalkan dengan kemahiran pengurusan yang memanfaatkansains dan teknologi semasa serta asas penyelidikan, mampu menangani isu yang releven serta menghasilkan idea dan teknologi baru yang mesra alam. tempoh pengajian program BSTR ialah empat tahun (8 semester). secara khusus, program ini akan melahirkan graduan berikut:
a) Terlatih dan profesional yang berkeupayaan merancang, mengurus, melaksana, dan menilai sumber dan aktiviti dalam bidang taman dan rekreasi,
b) Dapat mengurus penggunaan teknologi terkini dalam pelbagai industri taman dan rekreasi serta pelancongan eko di sektor awam dan swasta,
c) beretika, prihatin, proaktif, berketerampilan, berdaya saing dan berbudaya cemerlang dalam usaha menjadikan Malaysia negara terbilang, dan
d) berupaya menjalankan penyelidikan dalam bidang sains dan taman.