Monday 24 October 2011

Kami perkenalkan mereka-*-

Sepanjang kami berada di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong, terdapat sekumpulan insan yang sangat berdedikasi dan bertanggungjawab ke atas kami semua, pelajar BSTR seramai 52 orang ni yang perangai tak tentu hala macam signboard jalan raya yang belum siap lagi...Well, kami nak cerita disini yang betapa seronoknya kami menjalani aktiviti seperti paintball match, mandi kat blue lagoon, buat aktiviti dan macam-macam lagi la aktiviti sepanjang di sana tanpa sebarang kebahayaan melanda, tak ada yang cedera, demam pun tak ada, semua ok. Di sini, tertera wajah-wajah insan yang bertanggungjawab menjaga makan, minum, sakit pening, tanggungjawab dan amanah kepada kami dan sebagainya dan memimpin kami semasa aktiviti dijalankan. Serius, sangat-sangat berterima kasih kepada mereka(facies) yang terlibat semasa di Kem Pengenalan di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.
Aku nak kenalkan: Yang tengah berucap tu Syamil Razak(Pengarah program), yang belah kanan sekali tu Presiden K3. Yang kiri tu Hidayat.  Yang no.2 belah kiri tu Wak(Jurulatih kecergasan..hehe).sebelah Wak tu Adli...yang belah belakang, yang perempuan...k.ikin,k.tasya,che fa, k.didi, akmar dan yang lain-lain tu tak dapat dikenal pasti(sebab dieorang ni low profile la...hahah)..Sebenarnya, ramai lagi facies..tapi ade yang tak hadir pada malam tu....Ape-ape pun merekalah insan-insan yang bertanggungjawab memastikan kami dapat mengikuti kem dengan lancar dan sempurna. Tabik pada mereka!!!


Penghargaan dari mereka: