Monday 24 October 2011

Nak jugak naik sampai atas

Pada 30/9-2/10, bertempat di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong, selama 3 hari 2 malam, seramai 52 orang pelajar kumpulan pertama BSTR Semester 1, 2011/2012 telah berjaya mengikuti kem pengenalan BSTR. Jadi, pelbagai aktiviti dilakukan semasa kem tersebut berjalan, ok sekarang ni nak cerita pasal satu peristiwa yang bersejarah yang berlaku dalam hutan simpan tersebut. Kisah ini taklah sampai tertulis dalam hikayat raja-raja melayu mahupun kisah pahlawan-pahlawan sejarah. Tiada kena-mengena langsung ok?... So alkisahnya bermula apabila tembok kecil sudah dilangkah, kini tembok besar mahu digagahi(hehe..gua memang budak sastera dulu)....so perkara yang boleh diceritakan di sini ialah semangat kerjasama antara sesama makhluk...kita ni semua datang dari pelbagai bangsa, agama, keturunan, umur pun tak sama, latar pendidikan pun tak sama...Jadi di sini, korang boleh nampak dengan mata sendiri, macam mana tembok tinggi tu boleh di langkah...heheh...Sebenarnya ini adalah percubaan Abang Long Fawi@Timbalan Presiden 1 yang bersungguh-sungguh nak naik...nak tau ape citer..tengoklah gambar dengan video kat bawah ni...Dan aku harap yang semangat kepimpinan dan kerjasama diteruskan sepanjang 4 tahun yang akan mendatang ni...kita ni kan satu family yang berjiwa besar(hahah)...
First sekali aku nak tunjuk bukti-bukti yang tembok kecil telah berjaya ditawan...(kalau ternampak adegan yang mencucuk mata....harap maklumlah ea)...be cool...nothing to be worry about...
Ini adalah contoh tembok yang aku pun boleh lepas....Yang kat gambar ni adalah contoh aktiviti yang kami perlu lakukan...bukanlah wajib cuma kena rasa la macam mana nak panjat tembok bersejarah ni...yang ini rendah jer....tapi bukan senang nak conquer wall ni...ade teknik die tersendiri...yang tu kena naik sendiri.

Ok, kelihatan percubaan Abang Long Fawi kita menolak member BSTR(tak pasti siapa yang ditolak sekarang).muka boleh gelak lagi, walhal aku tengok macam nak terkentut pun ada(maaf fawi)..wall yang ni senang je nak lepas...tapi ikut badan anda masing-masing la...yang senang lonjak ke atas tak ada masalah sebab badan ringan...jadi yang badan berat tu kena kerja kuat sikit terutama orang di bawah kena tolak orang dekat atas...jadi, kena hati-hati la, silap langkah takut tergelincir pulak.
Anda boleh lihat, kami sedang bertungkus-lumus menolak rakan kami, Chia Hui ke atas...masa ni dia boleh gelak-gelak lagi(haha)...dia senang nak naik sebab badan ringan....sepatutnya sampai dekat atas tu, ada tangan sambut, tolong tarik untuk naik ke atas. So, di sini semgat toleransi dan sifat saling sayang-menyayangi harus ada ea...hehe
Yang ni, ade berani nak cuba? Aku tengok pun macam aku tak lepas...tapi ada segelintir insan-insan yang terpilih berjaya naik wall tu setelah beberapa percubaan untuk mencatat rekod dunia. Tinggi tembok ni tak berapa pasti..Korang agak-agak je la ketinggian wall tu. Nak panjat pun kena ade skill. Kalau tak, sampai esok pun tak naik-naik...

Yang di bawah ini video yang dirakamkan semasa di Hitan Simpan Ayer Hitam. Saksikan bagaimana mereka menolak dan mereka yang lain memberi sokongan semasa cuba menaikkan Fawi: