Sepanjang kami berada di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong, terdapat sekumpulan insan yang sangat berdedikasi dan bertanggungjawab ke atas kami semua, pelajar BSTR seramai 52 orang ni yang perangai tak tentu hala macam signboard jalan raya yang belum siap lagi...Well, kami nak cerita disini yang betapa seronoknya kami menjalani aktiviti seperti paintball match, mandi kat blue lagoon, buat aktiviti dan macam-macam lagi la aktiviti sepanjang di sana tanpa sebarang kebahayaan melanda, tak ada yang cedera, demam pun tak ada, semua ok. Di sini, tertera wajah-wajah insan yang bertanggungjawab menjaga makan, minum, sakit pening, tanggungjawab dan amanah kepada kami dan sebagainya dan memimpin kami semasa aktiviti dijalankan. Serius, sangat-sangat berterima kasih kepada mereka(facies) yang terlibat semasa di Kem Pengenalan di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.
Monday 24 October 2011
Nak jugak naik sampai atas
Pada 30/9-2/10, bertempat di Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong, selama 3 hari 2 malam, seramai 52 orang pelajar kumpulan pertama BSTR Semester 1, 2011/2012 telah berjaya mengikuti kem pengenalan BSTR. Jadi, pelbagai aktiviti dilakukan semasa kem tersebut berjalan, ok sekarang ni nak cerita pasal satu peristiwa yang bersejarah yang berlaku dalam hutan simpan tersebut. Kisah ini taklah sampai tertulis dalam hikayat raja-raja melayu mahupun kisah pahlawan-pahlawan sejarah. Tiada kena-mengena langsung ok?... So alkisahnya bermula apabila tembok kecil sudah dilangkah, kini tembok besar mahu digagahi(hehe..gua memang budak sastera dulu)....so perkara yang boleh diceritakan di sini ialah semangat kerjasama antara sesama makhluk...kita ni semua datang dari pelbagai bangsa, agama, keturunan, umur pun tak sama, latar pendidikan pun tak sama...Jadi di sini, korang boleh nampak dengan mata sendiri, macam mana tembok tinggi tu boleh di langkah...heheh...Sebenarnya ini adalah percubaan Abang Long Fawi@Timbalan Presiden 1 yang bersungguh-sungguh nak naik...nak tau ape citer..tengoklah gambar dengan video kat bawah ni...Dan aku harap yang semangat kepimpinan dan kerjasama diteruskan sepanjang 4 tahun yang akan mendatang ni...kita ni kan satu family yang berjiwa besar(hahah)...
First sekali aku nak tunjuk bukti-bukti yang tembok kecil telah berjaya ditawan...(kalau ternampak adegan yang mencucuk mata....harap maklumlah ea)...be cool...nothing to be worry about...
Yang ni, ade berani nak cuba? Aku tengok pun macam aku tak lepas...tapi ada segelintir insan-insan yang terpilih berjaya naik wall tu setelah beberapa percubaan untuk mencatat rekod dunia. Tinggi tembok ni tak berapa pasti..Korang agak-agak je la ketinggian wall tu. Nak panjat pun kena ade skill. Kalau tak, sampai esok pun tak naik-naik... Yang di bawah ini video yang dirakamkan semasa di Hitan Simpan Ayer Hitam. Saksikan bagaimana mereka menolak dan mereka yang lain memberi sokongan semasa cuba menaikkan Fawi: |
Wednesday 19 October 2011
Serbuan ke atas K3!!!!~~~
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan....heheh..rasanye belum lagi terlambat yang kiterorg nak berkongsi dengan viewers tentang aktiviti2 yang kami lakukan sepanjang di K3 di Bukit Ekspo, UPM sempena Konvokesyen ke-35 UPM baru-baru ni.....Sepanjang minggu konvokesyen ni memang excited tengok ex2-students UPM yg telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing...lepas tu konvo masing-masing bergaya dengan jubah,rakam kenangan....wah memang best la....rase teruja pulak nak konvo same-same ngan mereka semua ni...hahaha. Tapi dekat sini kiterorg nak cerita tentang aktiviti yang kiterorg telah berjaya buat, pendek kate 'mission accomplished'.....hahahah....So K3 iaitu Kelab Kepimpinan dan Kejurulatihan Rekreasi Luar under Upm telah buat beberapa aktiviti yg memang student-student BSTR wajib ikot bermula 16-19 Oktober yang lalu.....memang wajib buat sebab kalau tak buat rugi jer korang dok kat UPM 4 tahun ni tapi aktiviti yg memang wakkkluuu extreme giler tak pernah nak test skil...heheh...kalu dah tua,tulang dah nak repot baru nak test wat(yang ni aaku tak leh kate ape la)hahahah.....so time mude-mude ni kene rase wat bende-bende camni....BARU SYOK,ADE FIGHT(haha ayat macam KL gangster pulak)....so kat sini kiterorg nak tunjuk antara aktiviti kt K3 yang memang mencabar(ikut tahap kecabaran korang la) otak,fizikal yang memang senggama...heheh...so papehal u guys boleh tengok dekat bawah ni bende-bende or aktiviti yang memang 'die hard' punyer yg 1st time kiterorg(orang lain tak tahu dah berapa kali buat) baru buat....;))check it out...........Tapi yg paling utama sekali aku nak tunjuk kiterorg punye 'MOTHERS'...mksudnyer logo2 rasmi kelab rekreasi....
Tabik pada insan yang mencipta logo dekat bawah ni...."Smart as a boy"
Ok, sepanjang aktiviti berlangsung, sbb kiterorg punyer time nk dtg ikot sesuke hati atau pon bile ade waktu free sbb msg2 ade yg ade kelas dn sebagainyer....tp alhamdulillah,sumer geng2 BSTR semua menunjukkan komitmen yg bersepadu lagi bersatu dan bersame-same dalam menjayakn aktiviti ini.........Memang best sangat2...org yg x der experience mmg die akan igt sampai bile2 yg ni lah da best moment 1st time wat aktiviti camni....kalu dkat tmpt kt luar ade ker kiter nk rase pengalamn camni....mgkn x berkesempatan atau x leh langsung...tp bersyukur sangat yang Senior2 K3 kami tanpa rase penat dan mengalah telah berjaya m'organized aktiviti....tengoklah platform yang mereka buat untuk aktiviti ini...Dierorg mmg kreatif dan memang pro dan master,buat tali tergantung kat pokok2 tu, lepas tu arrange tok aktiviti kayak + keselamatan memang d'utamakan....memang best...so kiterorg lepas ni memang kene kutip pengalaman dan tunjuk ajar dari Senior2 kami sebab tak lame lagi "Yg patah tumbuh,hilang berganti"....so kiterorg semua harus dan memang wajib ambil peluang camni belajar dari Senior2 kami sebab mereka dah ader pengalaman kan...Ok lah taip2 panjang2 pon tak gune sebab kiterorg nk tunjkkan aktiviti2 yg kiterorg dah wat...cayakklahh......Jom Zasszssssss!!!!!!!!!
First sekali di sini nak cerita pasal aktiviti berkayak atau kayaking. Jadi tentu korang pernah merasa pengalaman berkayak kan??? For those yang tak pernah tu anggaplah ini adalah pengalaman pertama korang mencuba aktiviti kayak ini. Jadi kayak ni, aku nak ceritakan sikit pada mana yang tak tahu tu...KAYAK ialah bot yang didayung oleh manusia. Ia dicipta oleh penduduk asal kawasan Artik di Amerika Utara dan Greenland biasanya dikenali sebagai Inuit atau Eskimo. ...
Kayak biasanya dikemudikan dengan menggunakan pendayung dua belah. Pengguna kayak atau pendayung duduk dalam kayak dengak kaki mereka kehadapan. Bahagian atas kayak ditutup dengan geladak. Pengayuh duduk dalam lubang di kokpit yang boleh ditutup dengan skirt limpahan (atau spraydeck). Ini menjadikan bahawa, sekiranya kayak terbalik, kayak tidak akan dipenuhi air, dan pendayung boleh menegakkan kayak kembali tanpa dipenuhi air. Pada zaman moden, kayak telah dimajukan lebih lanjut menjadi beberapa jenis termasuk : berkayak di air putih whitewater kayaking, bot bermain playboats, surfing, kayak laut, perlumbaan air tenang, berkanu slalom, polo kanu dan riadah. Jenis-jenis ini boleh dipecahkan lagi. Kayak moden diperbuat daripada plastik, fiberglass, kevlar, serat karbon, kanvas atau kayu. Terdapat model untuk seorang atau dua orang dan ada yang untuk 3 tempat sekali. Kini terdapat bot duduk di atas yang dimajukan, juga dipanggil kayak dan dikendalikan dengan pendayung dua belah. Macam gambar dekat bawah ni, ni untuk seorang saje tempat...
Seronok-seronok berkayak ingatlah keselamatan diri masing-masing. |
Second Part: Untuk aktiviti Flying fox+High rope& Low rope + Tyrolean traverse
Yang ni adalah masa nak tunjuk berani ke tak berani ke, nak tau gayat atau nak berdepan dengan gayat malah sape-sape suka beterbangan di udara atau bergayut dan lepak-lepak di awangan, aktiviti ini memang sesuai sangat dinikmati oleh manusia-manusia yang 'Die Hard' punya...Kat sini akan terkantoila sape yang 'failed', berjaya, berlagak,takot, buat-buat berani dan sebagainya...ha yang itu kena lah tengok adegan-adegan yang hanya 19+++ je blh tengok...hahah...Jom saksikan!!!
Tapi sebelum anda semua tengk gambar-gambar di bawah ini, saya nak bagitau la sikit maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut. Mesti ada sesetengah anda yang tak tahu pasal aktiviti-aktiviti ini.
Ok, aktiviti yang pertama:
1) High rope & Low rope
Aktiviti ni memerlukan kekuatan tangan terutama lengan sebab korang akan panjat tangga tu, tangga bukan statik sebab ni tangga berayun-ayun(aku pun mengalaminya jugak)..so agak susah nak mengimbangkan badan bagi yang berat, tp tak ada masalah bagi yang ringan dan kecik....tapi depends la korang punyer keseimbangan badan mase nak panjat tangga tali tu...jadi high rope & low rope ni perlukan korang punya keseimbangan badan masa berjalan dekat atas tali yang dipasang antara pokok ke pokok. Tali tu single bukan double tau...aku tengok ramai yang tak boleh seimbangkan badan..ada yang terjatuh...ok dari nasihat yang diberikan oleh akak K3, kita sepatutnya perlu pegang tali hitam...Maksudnya sebelah kiri pegang tali oren, sebelah lagi pegang tali hitam kalau tak pro lagi....tapi ade jugak yang tak payah buat macam tu...memang steady berjalan atas tu....Dekat sini kalau gayat jangan panjang ke bawah....
Yang paling penting:
a.)helmet kena pakai (wajib) dan
b)sepatutnya ada glove(sarung tangan) untuk pakai sebab bila bergayut tangan tak sakit
c)kasut nak pakai ke tak ikut suka hati dan safety line pastikan ketat dan beringat-ingat semasa berjalan kat atas tali.
d)carabiners atau snap link(yang ini aku tak perasaan la..tapi sepatutnya ada)
e)figure 8 desender(digunakan untuk ikat anda ke tali-tali)
Jom tengok gambar kat bawah ni........
Tapi sebelum nak panjat tangga tu, half harness perlu dipakai pada badan sebab bila sampai kat platform safety line akan dipasang untuk aktiviti seterusnya...(Ade org ckp G-String...hahah....wakkluu)
Beratur menunggu giliran....semua tak sabar nak buat aktiviti ni....yang ni kira first point untuk aktiviti ini. |
Sempat lagi ko berposing ea Sharil....... |
2) Untuk aktiviti seterusnya adalah 'Tyrolean traverse'
Ok, kalau korang nak tau ape itu tyrolean traverse itu ialah kaedah menyeberang melalui ruang bebas diantara dua titik pada tali yang paling tinggi tanpa tergantung. Aktiviti ini digunakan dalam pelbagai aktiviti mendaki gunung, memanjat, meneroka gua dan aktiviti melintasi diantara dua pokok. Ianya membolehkan pendaki pergi ke barat-timur dan patah balik semula ke barat. Dalam erti kata yang mudah para pendaki menggunakan gear pendaki dan mempunyai asas2 gear. Jadi, saya adelah mendapat feedback daripada beberapa orang kawan-kawan, yang mana mereka beritau yang aktiviti ini memang mencabar minda dan fizikal sebab kat sini kekuatan tangan dan lengan perlu digunapakai dengan semaksima mungkin untuk gerakkan gear tersebut, seterusnya membolehkan korang bergerak menuju ke platform yang seterusnya. Kat sini kalau korang beratkan badan dan otak asyik cakap penat jer memang ko akan terapung-apung kat situlah, sebab ini semua melibatkan pergerakan motor otot...so kalu korang dah send e-mail kat otak, otak korang fikir penat dan tak larat, memang akan tak laratlah nak gerak. So, aku sendiri dah cuba...haha..memang sakit dan penat sampai abang2 K3 yang baik hati datang men'rescue' aku...sebab aku memang dah tak larat...hahaha....malu pun malu...tapi tak pe kan....nama pun 1st time dan cuba pengalaman baru....Jadi ka bawah ni korang semua boleh lihat sendiri kejadian-kejadian yang berlaku pada hari tersebut dengan adegan-adegan yang telah ditapis oleh Lembaga Penapisan Gambar&Video BSTR...(hehehe..yang ni aku reka-reka jer).....
Ni macam Shahril jer.......YEAH!!!GO GO GO !!!! |
3)Yang last tak berapa nak last (aktiviti flying fox yang DABOOOMMM!!!!!)
Budak pun berani buat "Flying fox"...kalau kita yang dah besar macam ni penakut..tak tau la apa cerita.... |
Aktiviti 'Flying Fox ini mempunyai kaitan dengan 'Abseiling'. Kalau 'Abseiling' tu adalah aktiviti turun dari atas ke bawah, 'Flying Fox' pula ialah aktiviti berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Kalau untuk tujuan keselamatan, selalunya aktiviti ini dilakukan semasa menyelamat dari kapal ke kapal atau menyelamat di kawasan seperti cerun bukit.
Aktiviti ini merbahaya tapi menyeronokkan dan gila. Untuk mengikuti aktiviti ini seseorang itu harus mempunyai keberanian, ketelitian, tahu segalanya tentang teknik yang betul dan paling penting, mahir tentang ikatan. Walaupun bahaya, ianya menyeronokkan dan memberikan kepuasan serta dapat menaikkan semangat berani seseorang....(yang ini memang diakui)...taip panjang-panjang tak guna, tunjuk gambar pun tak berapa nak real sangat..so aku nak tunjukkan video kat korang semua.
Amaran!!! Pastikan anda sihat dan tidak ada penyakit berbahaya sebelum anda setuju untuk terjun. Ha, yang satu lagi ni, member kelas kiterorang...Chong namanyer...tengok die wat 'flying fox'
Sorry Chong, I post u punyer video..heheh
Masa aktiviti di K3, cuma senior-senior yang berpengalaman(maksud aku yang memang dah ade kemahiran) sahaja dibenarkan untuk menjalankan aktiviti ini. Hanya mereka yang boleh mengikat, memasang anchor dan melepaskan peserta. Pembantu cuma menolong peserta memakai 'harness' dan menjadi 'breaker' sahaja..(betul kan???...So yang penting sekali.. half harness tu wajib pakai sebab ade safety line..even kalau jatuh pun tergantung lagi, helmet pun lagi wajib pakai, tak pakai sendiri mau ingatlah. Tapi masa kat K3 yang person in charge kat bahagian bawah tu kiterorg tak tau panggil ape? tapi biasenya braker la kan..
Braker tu adalah pembantu aktiviti yang tugasnya 'menarik tali' untuk 'membrake' anda. Jangan takut, mereka tahu bila masa yang mereka perlu tarik tali tersebut. Sebab dieorang dah memang mahir kan.. Kalau terlambat pun ada 'safety brake' di hujung line. Tapi cam brake emergencylah...jangan risau sebab student-student BSTR yang buat aktiviti ini semuanya selamat balik, anggota badan lengkap dan tak ade ambulans datang...Alhamdulillah...Okay, kalau anda sudah bersedia, anda boleh terjun. Tiada pilihan. Samada anda terjun dengan rela hati, terpaksa atau anda akan ditolak ke bawah dengan sokongan padu oleh ramai orang yang letih tengok anda tak terjun-terjun sejak semalam lagi. Sama saja. Dua-dua sampai bawah. The choice is yours :-) Tambah pengalaman hidup kan...makin berisi makin tunduk....
Hafiz@Kedu...Ada bagus??? Mahu cuba lagi? |
Geng-geng BSTR mengucapkan berbanyak terima kasih kepada senior-senior K3 sebab mereka banyak memberi pendedahan dan sokongan kepada kami tentang aktiviti rekreasi ini. Mungkin ade sesetengah geng BSTR dah familiar dengan aktiviti ini tapi mungkin ini adalah pengalaman paling bestr sebab kita ramai-ramai menyertai aktiviti rekreasi ini bersama. Tabik hormat(springg) pada senior-senior K3 dan orang yang terlibat secara langsung dan tak langsung yang bertungkus-lumus menyiapkan platform dan tempat kami+keselamatan bukan kepada kami saja malah pelajar-pelajar lain dan orang ramai yang join same aktiviti ini. Mereka memang kreatif, pantas dan best(heheh). Semua aktiviti yang dilakukan memang best dan menarik. K3 organized and planning dengan simple tapi santai. So, kami memang kena kutip pengalaman daripada senior-senior K3 yang memang dah profesional, master dan berkemahiran. Bukan calang orang boleh buat semua ni. Jadikan semua ni sebagai satu rencah tambahan dalam hidup....dan bukan semua orang boleh dapat pengalaman ni...betul tak?
Jadi, ada berani? Try, test, buat....So, renung-renungkan dan selamat mencuba....Bye-bye
Jadi, ada berani? Try, test, buat....So, renung-renungkan dan selamat mencuba....Bye-bye
POST BY:SOMEONE@BSTR
Tuesday 18 October 2011
Kem Pengenalan Bacelor Sains Taman & Rekreasi (30 Sept - 2 Okt)
asalamualaikum dan salam sejahtera untuk reader2 sekalian....firstly, terima kasih kat u all sebab sudi jugak nak meluangkan masa & membuka blog nie walaupun u all sekarang nie sedang sibuk dengan bermuka buku(facebook) dan bukannya membuka buku(openbook)..uhu..mungkin belum terlambat lagi untuk berkongsi cerita dengan u all pasal kem nie..maklum lar.. for me..''sharing is caring''..
ok..berbalik kepada tajuk utama kita...kem BSTR nie telah dijalankan di ayer hitam, puchong selama tiga hari dua malam..dan selama tiga hari nie juga kesemua pelajar BSTR diwajibkan mengambil bahagian di kem tersebut...kami juga tidak dibenarkan keluar dari kawasan kem dan wajib untuk mengikuti kesemua aktiviti yang mereka rancangkan..kem ini merupakan medan pendedahan kepada pelajar-pelajar BSTR untuk lebih mengenali ''apa itu BSTR??''..pelbagai aktiviti telah dirancang dengan baik oleh pihak-pihak yang terlibat seperti para pensyarah, staf-staf fakulti dan juga senior-senior K3 bagi memastikan kem berjalan dengan lancar..
pada mulanya, melalui wajah dan pandangan kesemua pelajar BSTR nie kebanyakan mereka masih tertanya-tanya 'apa itu BSTR??'..'sesuai k tidak dengan mereka??'dan yang paling mereka tertanya 'nak kerja apa lepas nie kalau ambil program BSTR??'...dan dengan sebab itu lar kem ini wujud bagi mendedahkan pelajar-pelajar BSTR dengan lebih terperinci mengenai program tersebut..pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah pengenalan, pengenalan kepada obstacle course, melihat keindahan alam blue lagoon dan paintball match telah dijalankan..
susah la nak cerita macam nie..boring asyik ayat je..emm apa kata kita selit-selitkan gambar kenangan sepanjang kem k..rsenya baru seronok sikit..bak kat orang..''baru ada feel nak tengok dan baca..''kan..kan..kan..haha..
ok..berbalik kepada tajuk utama kita...kem BSTR nie telah dijalankan di ayer hitam, puchong selama tiga hari dua malam..dan selama tiga hari nie juga kesemua pelajar BSTR diwajibkan mengambil bahagian di kem tersebut...kami juga tidak dibenarkan keluar dari kawasan kem dan wajib untuk mengikuti kesemua aktiviti yang mereka rancangkan..kem ini merupakan medan pendedahan kepada pelajar-pelajar BSTR untuk lebih mengenali ''apa itu BSTR??''..pelbagai aktiviti telah dirancang dengan baik oleh pihak-pihak yang terlibat seperti para pensyarah, staf-staf fakulti dan juga senior-senior K3 bagi memastikan kem berjalan dengan lancar..
pada mulanya, melalui wajah dan pandangan kesemua pelajar BSTR nie kebanyakan mereka masih tertanya-tanya 'apa itu BSTR??'..'sesuai k tidak dengan mereka??'dan yang paling mereka tertanya 'nak kerja apa lepas nie kalau ambil program BSTR??'...dan dengan sebab itu lar kem ini wujud bagi mendedahkan pelajar-pelajar BSTR dengan lebih terperinci mengenai program tersebut..pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah pengenalan, pengenalan kepada obstacle course, melihat keindahan alam blue lagoon dan paintball match telah dijalankan..
susah la nak cerita macam nie..boring asyik ayat je..emm apa kata kita selit-selitkan gambar kenangan sepanjang kem k..rsenya baru seronok sikit..bak kat orang..''baru ada feel nak tengok dan baca..''kan..kan..kan..haha..
yang ini merupakan salah satu gambar muka-muka ceria buduk2 BSTR 1st batch...
kami bertolak dari UPM dengan 2 buah bas..sebelum bertolak kami berkumpul di depan fakulti hutan dan dibahagikan kumpulan..semuanya ada 7 buah kumpulan..dibahagikan sama rata..sama adil..dan sama-sama.. uhu
yang nie salah satu aktiviti obstacle course yang dijalankan di ayer itam, puchong yang dikenali sebagai titian satu..
yang ini pula dinamakan halangan bertembok...terdapat 2 jenis halangan dan halangan tersebut dibezakan dengan ketinggian..
yang ini pula dinama kan lorong kematian..hihi..tak ade la..yang ini terowong...
yang nie salah satu aktiviti yang mengunakan minda..(time nie rasa macam nak pecah otak je buat benda nie)..so kalo u all ada masa cuba lar selesaikan benda nie kat rumah..soalan dye senang je..''bagaimana nak mengeluarkan lidi yang ditengah-tengah itu dengan hanya mengalihkan 2 batang lidi sahaja tanpa mengusik lidi ditengah-tengah tersebut..(2 batang lidi saje taw..xbleh lebih-lebih)...
haha...sampai melutut si abang tue nak meluahkan perasaan kat si adik tue..tapi malangnya..ditolak..
si kumbang menanyakan soalan kepada si bunga..''jika saya jadi kaya..??''
...lalu si bunga pun menjawab..''..maka saya akan bahagia..''
haha..nie lar pasangan paling ideal dalam game nie...
makan malam terakhir dengan disajikan daging pangang yang diimport dari kandang SERDANG...uhu
juga dengan pelbagai aneka masakan..sayur-sayuran dan buah-buahan..
antara...keindahan alam semula jadi yang terdapat di ayer itam, puchong selangor...
...''BLUE LAGOON''...
akhir sekali..aktiviti yang paling menyeronokan iaitu...
...PAINTBALL MATCH..
Subscribe to:
Posts (Atom)