Monday 28 November 2011

sempena tahun melawat perak 2012 - JOM TEROKAI PERAK!!!...

hai semua...
maaf sangat-sangat sebab lama sudah tak update apa-apa kat sini.
bukan tak nak update..cuma tiada masa dan had kemalasan tue sangat tinggi wat masa ni..uhu
sempena tajuk yang kat atas tue..aku nak sharing something kat sini mengenai Pulau Pangkor yang ada dekat perak tue. ini pun sebab aku terbaca dalam 'news paper METRO'..so apa lagi..ak BACA, COPY dan aku TAIP semula kat dalam nie...harap-harap korang enjoy baca...
mungkin some day..kita leh wat trip k sini..
tak begitu..en.president kite???ihi...

..........................

PULAU PANGKOR, PERAK!!!!!
       
  Keindahan pulau pangkor berasal dari perkataan siam iaitu 'pang ko' @ pulau indah pastinya membuat sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke pulau bersejarah ini datang semula untuk kali kedua. biarpun ada yang sangsi namun tarikan pulau pangkor sukar dinafikan apatah lagie dengan keenakan hasil makanan laut yang diusahakan secara komersial di kampung sungai pinang kecil, kampung teluk gendung dan teluk dalam.
        Namun pulau pangkor sebenarnya menawarkan lebih daripada memenuhi selera makan kerana ia mampu menghilangkan segala tekanan, bahkan mencipta nostalgia yang penuh dengan keriangan. kedudukan strategik bersempadankan pulau pinang dan selangor selain persisiran pantai panjang memutih seolah-olah menggamit sesiapa sahaja untuk menerokai keindahan flora dan faunanya.
        Pantai yang memutih dengan jernih pantai mempesonakan disulam deretan pokok kelapa dan pohon ru mengelilingi bukit-bukau menghijau menjadikan pulau pangkor destinasi pilihan terbaik. di kalangan 'kaki jalan', pantai terkenal di pangkor seperti persisiran pantai bogak, teluk nipah dan teluk belanga bukan lagi sesuatu yang asing malah menjadi tumpuan ramai pelancong luar negara.

 AKTIVITI SNORKELING              JETSKI
      Tidak sekadar sesuai untuk mereka yang meminati aktiviti menyelam@snorkeling, pengunjung turut boleh menyewa kenu mahupun jetski untuk mengelilingi pulau serba indah ini. jika sudah puas dengan pantainya, pengunjung pulau ini boleh berubah 'angin' dengan menyelusuri peninggalan sejarah lama yang menjadi khazanah zaman berzaman di pulau ini.

             KOTA BELANDA
           Antara yang menjadi tarikan utama adalah kota belanda yang dibina belanda pada tahun 1670 sebagai gedung untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri perak. kota tinggalan ini yang terletak di kampung teluk gedung, pangkor ini, masih berdiri gagah dan dibaik pulih bagi kemudahan pelancong menghayati peninggalannya.
             MERIAM LAMA!!
                                                         

           BATU BERSEJARAH
                                          
            Berdekatan kota ini, terdapat satu lagi  tarikan sejarah  iaitu batu bersurat belanda yang menjadi satu lagi khazanah negara tidak ternilai. batu bersurat ini menyimpan pelbagai tafsiran yang tersurat dan tersirat dipercayai dipahat oleh askar-askar kompeni belanda sewaktu mereka mendiami gedung atau kota belanda kira-kira dalam tahun 1743.

          AKTIVITI BERBASIKAL
          Menyelusuri keindahan pulau pangkor dengan menyewa basikal juga tidak kurang menarik bermula dari pekan pangkor ke teluk gedung, teluk kecil, pasir bogak, teluk nipah, sungai pinang kecil dan sungai pinang besar. pengunjung pulau ini juga berpeluang bersemuka dengan sekumpulan spesis enggang yang langsung tidak gentar pada lensa kamera dan kehadiran manusia.
     
      2 EKOR ENGGANG YANG CANTIK!!!
                           
    Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang menarik yang boleh dijalankan disana..bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat pelancongan, sila hugungi unit pelancongan dan pengurusan lumut di kompleks pelancongan lumut waterfront di talian 05-6834057 @ hubungi tourism perak 05-5290894/95/96.