Monday 28 November 2011

BSTR Photoshot

Pada tanggal 22/11/2011, pada hari selasa yang indah, permai, yang tenang lagi cerah tapi lepas itu angin kencang dan hujan turun dengan lebatnya, sesi photoshot gambar BSTR telah dijalankan bagi merakamkan kenangan terindah semester 1 sesi 2011/2012. Pelajar-pelajar BSTR hadir dan beri komitmen bagi menjayakan sesi bergambar ini dengan baik walaupun akhirnya diketahui 4 orang tidak dapat hadir mungkin mereka mengalami masalah teknikal, jalan jammed, gangguan jiwa dan sebagainya(hahaha) jadi sesi bergambar ini dimulakan dengan merakamkan gambar formal kelas yang sangat smart dan sharp hasil dari jurugambar yang berpengalaman menggunakan DSLR...mari kita lihat hasil dari sesi bergambar tersebut yang amat indah (walaupun semua mata jadi sepet ekoran menahan cuaca panas yang datang menerjah secara tiba-tiba walaupun hari mendung)...
BSTR 1st Batch 2011/201
Semua nampak cantik, anggun, bergaya bagi yang wanita dan nampak terserlah sifat-sifat maskulin dalam diri pelajar lelaki. Kami datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza: ada yang datang dari Matriks, STPM dan Diploma. Walaupun berbeza latar belakang pendidikan, yang penting kami semua adalah kumpulan pertama Bacelor Sains Taman dan Rekreasi di UPM dan Malaysia (mengikut maklumat). Ada bangsa Melayu, Cina, Kadazan kecuali India. Tapi apa pun yang penting perjuangan BSTR akan diteruskan selama 4 tahun yang akan datang ini......

Selain gambar formal, gambar secara 'candid' turut dirakam. Tujuan(memang satu pakej dari syarikat fotograph)...bukanlah...tapi sebelum itu, gambar tak formal daripada kami sebelum sesi bergambar berlangsung....Sewaktu menunggu untuk diphotoshot, masa dekat dalam Panggung Percubaan;=
OK...Chong dah tertidur...hahaha...(penat sangat kot)
Sementara menunggu bebudak lelaki yang 'punctual' tu datang, kami pun sama-sama bergambar dulu...heheh....
Sekarang ini pula, keadaan yang kucar-kacir(hahaha) semasa sesi bergambar dijalankan....nak layan karenah budak-budak BSTR ni.

Tuan Presiden: Tumpang lalu.......(eh Topek kau ok ke? sakit gigi ke apa?hahaha)

Jurugambar kami...(Eh2, siapa yang tangkap gambar siapa ni?...heheh
HANDSOME TAK KAMI SEMUA NI? ADAKAH KAMI LAYAK UNTUK KE PERINGKAT SETERUSNYA? UNTUK UNDI TAIP AFBSTR & SEND TO PUSAT KAWALAN KESELAMATAN UPM 999....UNDIAN ANDA AKAN MENERUSKAN PERJUANGAN KAMI...SEKIAN

Nak menyusun budak-budak BSTR.........supaya tidak berlaku apa-apa rusuhan sebab berebut-rebut tempat nak duduk....
Aksi posing yang diberi tajuk: 'DAH TAKDAK KERJA DAH TU'
Baik, seterusnya, gambar 'candid' adalah yang penting sekali...hahaha...untuk menunjukkan aksi-aksi BSTR yang sebenar. Aku tak mahu komen dan taip panjang-panjang ayat romantik dekat sini, jadi apa kata u olls saksikan sendiri apa yang berlaku:
Eh kau....mari sini!!!! (eh2, sewang mengapahkah kau menari begitu???)
Habis tugu UPM tu dieorang panjat....tapi tak apa, tak lama lagi kita semua panjat Gunung Everest pulak........

"HALLOWEN"

BEST PICTURE MEMORY EVER FROM 
BSTR (1st Batch)

Rasa macam dah tahun akhir pulak...padahal baru tahun pertama kan....

Hitam Putih Warna Kehidupan dari kami BSTR
Ok, sampai disinilah photoshot wajah kami-kami semua. Diharap ia akan menjadi kenangan terindah bersama. Dan tak lupa juga kepada insan yang hired photographer tu untuk kami semua.... GO RECCERS::::::!!!!!

RECCERS GO!!!
RECCERS FIGHT!!!
RECCERS WIN!!!